Pendrive

July 21, 2011

Olla. Dah masuk tiga pendrive aku jumpa dekat cyber cafe untuk tahun ni jela. Sebab sebelum sebelum ni jarang pergi cc. Tapi tiga tiga pendrive tu kalau aku ambik aku rasa dah jadi 12gb dah sebab semua besar besar, satu tu dah 4gb. Jimat dah RM100. Tapi itu cerita pasal kalau la aku ambik. Tapi aku tak ambik pun.

Beberapa minit tadi. Aku jumpa pendrive yang ke tiga ni. Rasa dalam hati ni nak je ambik sebab aku dah tak de pendrive langsung, semua pendrive yang aku pakai pun kebanyakkannya hilang. Puas jugak aku fikir fikir pasal benda ni. Yelah. Time aku jumpa tu, pc tu aku tengah download movie, memang sedap la kalau aku simpan semua yang aku download tu dalam removeable tu. Haih. Kira melepas la tuh sebab tak ambik.

Fikir lagi ni. Kalau lah tuan punya pendrive tu nak maklumat yang ada dalam tu yang mungkin amat penting bagi mereka, macam mana plak kan. Dalam pada itu, walaupun aku jumpa pendrive tu dekat pc sebelah, aku try nk tengok ada apa kat dalam dia. Bukan niat nak mencuri file file yang ada, tapi sekadar ingin mengetahui siapa pemiliknya. Manalah tahu kalau kalau aku kenal siapa tuan yang empunya, mungkin boleh dipulangkan terus kepadanya.

Haha. Takut juga nak ambik ni. So sebelm nak kuar dari cc tu, sempat sms tanya dekat 7 kawan aku adakah aku patut ambik atau tak. 4 respon dan yang lain tak.

Jadi, konklusi saya di sini. Walau barang tu harga RM30 atau lebih sekali pun. Ingatlah, itu hak orang. Jangan sesekali ambil. Adakalanya sesuatu barang tu kadang kala perlu diberikan kepada orang terbabit atau pun yang berhak. Tetapi, fikir lah mengikut akal dan bukannya nafsu. Jika boleh dipulangkan atau dikembalikan, buat la ia. Sebaik baiknya, pulangkan sahaja, jika terasa ingin mengambilnya, fikir lah sejenak. Mana tahu perkara sebegitu terjadi kepada kita. Wallahualam.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUh

false

Flickr Images