Tinggal 10 hari menjelang Ramadan Al-Mubarak

July 21, 2011

Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar dah pun nak masuk bulan ke lapan tak lama lagi. Apa yang berlaku pada bulan 8 ialah umat Islam akan menunaikan rukun Islam ke tiga iaitu berpuasa di bulan ramadan pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadan 1432 jika anak bulan kelihatan.

Ini dia niat puasa dan doa berbuka puasa untuk bulan Ramadan.



Tempat : Gombak, H. Selangor, Rawang, Sepang, Petaling, S. Alam.
Bulan : Ogos 2011
GMT : 8
Arah Kiblat : 292° 31' 16"
 Klik untuk tumbesaran. Sumber

Teringat aku masa zaman sekolah dulu. Kalau sekolah pagi atau petang mesti balik awal. Kalau pagi terasa lam pula waktu berbuka puasa tu. Tapi kalau petang je mesti best sebab boleh pergi bazaar ramadan. Macam macam nafsu nak makan tu wujud. Haih, nak beli ayam percik la, air banyak banyak la, roti john la, murtabak lagi, kuih tepung pelita la dan banyak lagi la yang ada kat bazaar ramadan tuh, malas nak tulis. Tup tup penuh atas meja makan tuh, kalau habis tak pe jugak atau bawak ke sahur. Kalau tak kan membazir namanya tu. Jadi makan ikut keperluan bukan ikut nafsu. Jangan membazir!

Dan bila malam pula semua umat Islam menunaikan solat sunat tarawih. Kemain ramai lagi kat surau@masjid. Kanak kanak remaja lelaki perempuan, warga emas, semua penuh dekat masjid. Tapi bagi kanak kanak tarawih tuh mungkin dilakukan 1 ke 2 minggu puasa, then apa lagi dum dam dum dam bunyi mercun. Main la kau mercun semua, nak raya dah pun time tu. Tapi ingat ingat sikit dekat orang yang tersayang. Takut takut boleh mengancam diri kita pulak bila main mercun tu. So berwaspada okay.

Haha entry pelik pelik sedikit. Tak ada idea. Sebenarnya nak bagi niat, doa dan waktu berbuka puasa je. Ok la. Daripada saya, tambahkan amalan dan juga pahala di bulan ini ye. Hindari perkara seperti ini, gejala 'Ponteng Puasa' ye. Okay. hayati lagu di bawah ini. Adioss.


<

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

HUh

false

Flickr Images